SESI PERKONGSIAN BERSAMA HUB-USAHAWAN PAHANG
Hidayah Centre Foundation Pahang berbesar hati menerima kunjungan Puan Liyana dari Hub Usahawan Pahang.
Pertemuan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak HCF Pahang peluang baharu untuk program pemerkasaan ekonomi mualaf.



Di HCF, mualaf yang berniaga disantuni melalui program keusahawanan yang bertujuan agar mereka dapat berdikari dalam tempoh tertentu dan seterusnya menggapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.