Hidayah Centre di KK – Apa Sebenarnya Yang Mereka Buat?

HCF Kota Kinabalu | Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

18.04.2025-20.04.2025

“Pernah dengar tentang Hidayah Centre Foundation?”-Biasanya soalan pertama kami kemukakan kepada pengunjung yang singgah di reruai.

Ada yang pernah dengar, ada yang macam pernah dengar dan ada yang baru dengar kali pertama.

Mudahnya, HCF adalah :

1. Pusat Sokongan Mualaf (Pendidikan,Kebajikan,Komuniti)

2. Kaunter Tanya Tentang Islam Khusus Untuk Bukan Islam

3. Agensi Yang diberi kebenaran oleh JHEAINS untuk membantu urusan pendaftaran mualaf.

Alhamdulillah, terima kasih Masjid Bandaraya Kota Kinabalu atas jemputan membuka reruai untuk memperkenalkan fungsi HCF.

Tidak dilupakan juga tim sukarelawan yang telah meluangkan masa bersama-sama menyantuni pengunjung sepanjang 3 hari. Sempat mereka sertai kuiz anjuran Bahagian Zakat & Fitrah MUIS. Menang pulak tu!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top