MAJLIS IFTAR PERDANA AMAL HIDAYAH CENTRE FOUNDATION PAHANG BERLANGSUNG MERIAH

*MAJLIS IFTAR PERDANA AMAL HIDAYAH CENTRE FOUNDATION PAHANG BERLANGSUNG MERIAH*

Alhamdulillah. 22 Mac lepas telah berlangsung meriah Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre dengan kehadiran hampir 250 orang tetamu yang terdiri daripada tetamu jemputan, para penyumbang, mualaf dan sukarelawan Rakan Hidayah yang bersama-sama membina ukhuwah dan memperkukuhkan komuniti Hidayah Centre Foundation Pahang.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu kehormat, Tok Muda Dato’ Dr. Hj. Zulkifle Bin Haji Ali Al-Hafiz, CEO Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Mualaf Pahang yang telah merasmikan majlis dan juga tetamu jemputan istimewa, Puan Ardini Angeline Tan yang meluangkan masa bersama kami berkongsi kisah penghijrahan masuk Islam.

Sekalung penghargaan juga buat para urusetia, para penaja dan Rakan-Rakan Hidayah yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tanpa sokongan dan dedikasi anda semua, majlis ini tidak mungkin begitu bermakna.

Kami harap Ramadan lalu membawa seribu rahmat dan diraikan dengan penuh makna oleh semua.

✨Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf✨

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top