JAMUAN RAYA MUALAF: AIR MATA KEGEMBIRAAN

JAMUAN RAYA 1 SYAWAL RAIKAN MUALAF HCF PULAU PINANG

Alhamdulillah, pada 1 Syawal 1446H bersamaan 31 Mac 2025, Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang telah menganjurkan Jamuan Raya Mualaf bertempat di Rumah Bro. Asyraf Tan & Kak Noor (Rakan Hidayah, HCF Pulau Pinang) Bayan Baru, Pulau Pinang.

Kehadiran seramai 50 orang mualaf bersama keluarga dan rakan-rakan, termasuk beberapa rakan non-Muslim yang turut serta dalam suasana penuh kemesraan dan keharmonian.

Jamuan Raya Mualaf ini diadakan khas buat para mualaf meraikan Aidilfitri dalam suasana penuh kegembiraan dan kemesraan. Ketika ramai rakan-rakan Muslim pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga, kami ingin memastikan bahawa para mualaf juga mempunyai tempat untuk merasai kehangatan Syawal. Dengan hidangan istimewa, ukhuwah yang erat, dan suasana yang mesra, majlis ini menjadi tempat berkumpul dan berkongsi kegembiraan sebagai sebuah keluarga besar dalam Islam.

Antara hidangan utama yang disajikan ialah Nasi Tomato, Ayam Ros, Kurma Kambing, dan Laksa, diikuti pencuci mulut seperti Kek Coklat 1 Syawal HCFPP, Kek Cheese Leleh, Brownies, Agar-agar, serta pelbagai Biskut Raya.

Para tetamu juga menerima door gift istimewa berupa Biskut Box.

Syukur atas kejayaan program ini, dan semoga usaha sebegini terus menyuburkan kasih sayang serta perpaduan dalam komuniti kita

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top