๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ป๐๐ฟ๐ฒ ๐๐ผ๐๐ป๐ฑ๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ต๐๐ถ๐ป๐ฎ๐ป ๐ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ณ | Sabtu | 15 Februari
โ ห๏ฝกโเญจเญงห ุจุงุฑู ุงููู ููู ุง ู ุจุงุฑู ุนูููู ุง ู ุฌู ุน ุจูููู ุง ูู ุฎูุฑ โกโ หเญจเญงห
Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kerjasama Masjid Negeri telah meraikan majlis perkahwinan mualaf, Encik Yusof Tan dan Puan Nurul Jamilah, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
Majlis yang penuh bermakna itu disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Tuan Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafisah, yang bertindak sebagai jurunikah. Kehadiran ahli keluarga, sahabat-handai serta wakil HCF dan sukarelawan Rakan Hidayah menyerikan lagi majlis tersebut.
HCF, sebuah organisasi yang aktif dalam menyantuni dan membimbing saudara baru, akan berusaha menjadi platform rujukan terbaik buat pasangan mualaf untuk penyatuan ini dan dalam memulakan kehidupan berkeluarga berlandaskan ajaran Islam.
Majlis ini bukan sahaja memperkukuh ikatan kekeluargaan baharu dalam Islam, tetapi juga menjadi simbol sokongan berterusan kepada mualaf dalam membina kehidupan yang lebih sejahtera.
Selamat Pengantin Baharu Yusof dan Jamilah