fbpx

Pelajar Sabah saksikan Hidayah dalam Kelas HCF bandar Tun Razak

𝗦𝗬𝗔𝗛𝗔𝗗𝗔𝗛 π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—¦ ππŒππ‘ πƒπˆ 𝗛𝗖𝗙 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ 𝗧𝗨𝗑 π—₯π—”π—­π—”π—ž

21 Februari 2025 (Jumaat):

Syukur kepada Allah SWT yang telah mengirimkan keberkatannya pada hari jumaat yang barakah ini dengan memilih salah seorang hamba-Nya untuk mendapat hidayah daripada-Nya.

Seorang pelajar lelaki HCFBTR telah memilih melafazkan pengakuan keesaan Allah dan Muhammad SAW utusan Allah sambil dipandu oleh Sis Fahima dan disaksikan oleh Tn. Nazeli, Ustaz Ilyas dan Pn. Umi Khaltom (Rakan Hidayah dan tenaga pengajar HCFBTR).

Beliau berasal daripada Sabah dan kini sedang mengikuti sesi kelas NMNR (Bahasa Melayu) yang diadakan pada setiap hari rabu malam di pejabat HCF Bandar Tun Razak sejak sebulan yang lalu.

Semoga Allah SWT terus memancarkan hidayah kepada beliau serta memberkati dan memudahkan perjalanan beliau dalam menuntut ilmu di HCFBTR.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top