fbpx

Israk & Mikraj: Mengukuhkan Iman

“ PERISTIWA AGUNG ISRAK & MIKRAJ “

05 Feb 2025/ Kg Tinutuan

Alhmdulillah HCBT bersama JHEAINS Ranau dan KDMRS Ranau menghadiri majlis perkongsian “Hati ke Hati” iaitu ceramah berkaitan peristiwa agung Israk dan Mikraj di Kampung Tinutuan Ranau.

Ceramah ini disampaikan Oleh Ustaz Roslan bin Abd Samah usai solat Maghrib secara berjemaah.. Antara intipati ceramah yang paling penting adalah tentang kewajipan kita sebagai seorang muslim untuk beriman dengan peristiwa Israk & Mikraj ini .

Selepas perkongsian ceramah diikuti dengan solat isyak berjemaah yang dipimpin oleh Sdr Fadhli (HCBT) dan diteruskan dengan sesi jamuan makan. alhmdulillah.

Terima kasih atas sambutan yang sangat memberansangkan daripada penduduk kampung yang hadir pada majlis ini.. semua lapisan umur hadir di majlis ini untuk mendengar perkongsian peristiwa agung ini.. tambahan lagi kebanyakan penduduk kampung ini adalah dari kalangan saudara baru.

Dan untuk pengetahuan para pembaca, di kampung ini ada dua orang anak mualaf yang mendapat tajaan daripada HCF untuk melanjutkan pelajaran di IPDAS Keningau dalam bidang Diploma Dakwah Islamiyyah .

Semoga majlis ini dapat meningkatkan pengetahuan tentang Islam dan meningkatkan keimanan para jemaah yang hadir .

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top