fbpx

Kupi-Kupi: Santuni Mualaf, Eratkan Silaturahim

KUPI-KUPI ☕
Kupi-kupi adalah aktiviti ziarah keluarga kepada mualaf secara santai dan berkenal-kenalan. Biasanya, ia dilakukan kepada mualaf yang masih tinggal bersama keluarga bukan Islam.

Ziarah ini bertujuan merapatkan hubungan dan berkongsi tentang Islam dalam konteks hubungan kekeluargaan pelbagai agama.

Dalam kembara lepas, kami kupi-kupi bersama beberapa keluarga mualaf. Bila melihat kembali gambar-gambar, kebanyakannya bertemu dengan ibu-ibu.

Di rumah mualaf Danielo, ibunya berkata:
“Saya terkejut bila tahu Danielo daftar mualaf. Tapi saya tetap sokong dan semoga dia buat yang terbaik.”

Di rumah ibu Harna:
“Saya tetap terima anak saya.”

Ibu, sosok yang rapuh bila berkaitan anak. Tiada ibu yang tidak sedih… “Dari kecil kau saya besarkan dengan kepercayaan ini. Dari kecil kita makan satu kuali…” Teringat kesedihan mama saya 12 tahun lalu. Syukurlah, hari ini mama sudah tenang. Hanya iman yang berbeza, tapi tetap boleh makan guna kuali yang sama. Kuncinya adalah menjelaskan dengan hikmah.

Ini soal iman, tetapi tetap wajib hormat ibu bapa. Berilah masa dan santuni mereka. Jangan paksakan atau debatkan saat mereka sudah terluka. Jadilah anak yang terbaik, seperti perintah Allah. Seiring masa, perubahan kepada kebaikan akan menjelaskan apa itu Islam. Saya yakin luka itu akan sembuh dan diganti dengan kefahaman.

Kekuatan kita adalah kebersamaan. Ibu-ibu ini gembira bila kami datang. Mereka tahu ada Muslim lain yang prihatin dan menjaga kebajikan anak mereka.

Ada mualaf yang keluarganya menerima, ada yang ditolak. Yang paling utama ialah bagaimana si mualaf memberi reaksi. Sabar dan Ilmu—dua perkara yang saya lihat paling penting.

Ramai yang bertanya kenapa keluarga tidak merestui? Biasanya kerana salah faham yang berpunca daripada melihat Muslim yang tidak menunjukkan peribadi Islam sebenar.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf #SantuniMualaf #HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top