Kembara Muallaf & Penang Cruise
13 Disember 2024- Jumaat
Lokasi: Penang Steamboat & Grill, Kopitiam Muallaf, Pulau Pinang, Malaysia
Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) telah dijemput berkolaborasi dengan Born to Serve Crew (BTSC) dalam program Kembara Mualaf & Penang Cruise. HCFPP diwakili oleh Ketua Operasi Wilayah Utara, Hj Mohd Yusni Ghazali dan Pegawai Operasi Negeri , Puan Shazwani Binti Amanullah.
Seramai 15 orang mualaf dan 10 crew BTSC memeriahkan program ini. Misi Utama ialah untuk meraikan 15 mualaf dan asnaf dengan mengagihkan Al-Quran Terjemahan, Iqra’, pek bahan makanan asas, telekung, kain pelikat, sejadah, set beg sekolah dan alat tulis. .
Pihak Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang menyediakan sedikit saguhati berupa mug HCF, beserta bahan bacaan ringkas dan beg cenderahati. Kami juga diberi kesempatan berkongsi tentang aktiviti HCFPP yang bersesuaian dengan mualaf yang hadir.
Selepas menjamu selera kami bertukar-tukar cenderahati tanda Kerjasama antara dua pihak.
Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memberi peluang kepada HCFPP untuk memperkenalkan organisasi kami sambil menjamu selera di kopitiam enak yang diusahakan seorang mualaf. masing- masing berpuas hati dengan hidangan steamboat berbentuk buffet dengan pelbagai pilihan makanan.
Diharap dengan ini kita akan bergabung di masa akan datang membentuk program yang lebih baik untuk mualaf yang disantuni.