fbpx

Aram Segulai Sejalai 3.0: membantu dan mendidik keluarga mualaf

π‘·π’“π’π’ˆπ’“π’‚π’Ž π‘¨π’“π’‚π’Ž π‘Ίπ’†π’ˆπ’–π’π’‚π’Š π‘Ίπ’†π’‹π’‚π’π’‚π’Š 3.0

13 – 14 Disember 2024
Jumaat – Sabtu
HCF Sibu

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak cawangan Sibu telah melaksanakan Program Aram Segulai Sejalai 3.0 bertempat di Rumah Panjang Roslyn Bunai, Selangau selama dua hari satu malam. Kali ini Program Aram Segulai Sejalai dilaksanakan bersama IKRAM Negeri Sarawak dan YADIM Sarawak.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program ini dijalankan. Antaranya ialah membantu dan mendidik keluarga mualaf di sana serta berkenalan dengan warga rumah panjang.

Hari pertama di Rumah Panjang Roslyn Bunai diisi dengan gotong royong memasak kemudian solat berjemaah serta tazkirah maghrib di ruai rumah panjang. Kemudian, taklimat program dilakukan bersama penduduk rumah panjang dan sesi cabutan bertuah. Sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa pula dijalankan pada hari kedua. Pertandingan mewarna kanak-kanak turut dijalankan.

Sambutan yang diberikan oleh warga Rumah Panjang Roslyn Bunai amat menggalakkan. Semoga Program Aram Segulai Sejalai ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top