fbpx

Kelas Bimbingan Mualaf di Kota Samarahan

πŠπ„π‹π€π’ ππˆπŒππˆππ†π€π πŒπ”π€π‹π€π… πƒπˆ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπ€πŒππ”ππ† πŒπ„π‘π€ππ„πŠ

8 Disember 2024
Ahad
HCF Kota Samarahan

Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kerjasama Masjid Darul Ibadah Kampung Meranek berjalan seperti biasa di masjid tersebut pada setiap hari Ahad jam 8 pagi hingga 10 pagi. Alhamdulillah kelas hari ini bergabung dengan KBM Masjid Darul Islam Wal Muslimin Kampung Naie.

Pembelajaran dimulai dengan semakan bacaan Al-Quran dan Iqra’ bagi setiap pelajar. Kemudian disusuli dengan pengajian Fardhu Ain. Alhamdulillah para pelajar yang terlibat adalah dalam kalangan keluarga mualaf yang menetap di sekitar Kampung Meranek Kota Samarahan.

Semoga para mualaf terus istiqamah dan dapat beramal dengan ilmu yang dipelajari, Insha Allah! Bagi para mualaf yang berminat untuk mengikuti KBM boleh terus hubungi nombor yang tertera di bawah. Terima kasih!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top