HCF Kota Kinabalu | 07.12.2024
Puan Zubaidah Sairin (Kiri) dan Puan Evelyn Abraham (Kanan). Mualaf santunan HCKK melalui Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) Masjid Berungis Tuaran.
Alhamduliah hampir sebulan menjadi pelajar Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR). SAPIM adalah produk daripada Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah – IPDAS yang telah dibuka kepada orang awam dan sesuai untuk surirumah atau mereka yang berkomitmen pada hari bekerja kerana kelas adalah setiap hari sabtu dan ahad sebelah pagi.
Dalam Majlis Konvokesyen IPDAS tahun ini. Puan Bibiana Kuai dan Puan Parni Otoh mualaf tajaan Hidayah Centre Foundation Sabah antara yang turut diraikan setelah berjaya menghabiskan program SAPIM MBR selama 2 tahun.
Terinspirasi dengan kejayaan mereka, maka mereka memilih untuk mencabar diri mereka dan memulakan langkah pertama menghubungi Puan Stella Stephen untuk bantu urusan pendaftaran.
In sya Allah, semoga dipermudah dan jumpa kamurang di Majlis Konvokesyen IPDAS 2 tahun lagi!