AKU MENCARI, DAN AKU JUMPA!
Sejak dari kecil, terlalu banyak persoalan yang bermain dalam fikiran tentang siapa aku, dan siapa Tuhan.
Soalan demi soalan yang datang menerjah minda, aku ajukan pada “ketua” agama di kawasan aku tinggal…
“kenapa sumber agama kita ada banyak versi ya? Yang di sana lain, di sini tulis lain pula?… Banyak lagi perkara yang tak logik!
Tapi jawapan yang aku terima aku anggap sebagai penghinaan kepada kemampuan akalku untuk berfikir….”you ikut saja… ini semua datuk nenek moyang dah lama follow maa…”. Bukan saja tak dapat jawapan, malah dianggap sebagai “rebellious” agama pula.
Aku tak puas, tak dapat apa yang aku nak. Apa yang boleh mengisi ruang dalam hati ini, maksud BERTUHAN yang sebenar! Bukan hidup dalam kepercayaan ikutan sahaja.
Sehinggalah aku bersoal jawab perkara tersebut bersama kenalan beragama Islam. Melalui konsep Islam, persoalan aku terjawab dengan sangat jelas. Kewujudan Tuhan, keadilan Tuhan, sifat ketuhanan dan lain-lain lagi. Dapat aku rasakan, ruang dalam hati yang selama ini kosong, semakin terisi.
Tak sabar rasanya untuk aku belajar solat, menyembah satu-satunya tuhan yang aku yakini.
TERIMA KASIH ALLAH.
AKU MENCARI & KAU TUNJUKKAN JALAN MENUJU KEPADAMU.