fbpx

Pameran Al-Quran Menjadi Tarikan di Karnival

12 Oktober – Buat julung kalinya Hidayah Centre Foundation berjaya membuka reruai di Karnival Kesihatan yang diadakan baru-baru ini di Tangkak. Bukan selalu kami beraktiviti diluar kawasan Johor Bahru, pengalaman ini sangat menarik bertemu masyarakat dari kawasan sekitar yang berbilang kaum. Kami juga berkesempatan bertemu dengan setiausaha politik yang juga wakil Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Tn. Hj. Mohammad Faisal bin Ismail yang datang merasmikan karnival ini. Turut hadir adalah ahli parlimen Ledang yang berkesempatan melawat ke reruai HCF iaitu Tn. Syed Ibrahim bin Syed Noh.

Walaupun tidak sampai sehari program dijalankan, namun banyak aktiviti menarik disediakan direruai yang berdekatan dan kami kami pula diletakkan bersebelahan reruai AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) dan MPIB (Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia), jadi banyak info kami dapat dari kedua dua agensi selain dapat merasa nanas keluaran MPIB yang sangat sedap!

Di reruai HCF tak kurang juga, antara bahan pameran yang menjadi tarikan adalah Al Quran terjemahan dari pelbagai bahasa (Mandarin, Korea, Tagalog dan Tamil) yang ramai ingin melihat dan memegang kerana ada yang tidak menyangka ada AlQuran dari terjemahan bahasa lain selain Bahasa Melayu. Kami juga menyediakan bahan untuk dikongsikan kepada rakan bukan Islam yang boleh diambil secara percuma untuk edaran seperti risalah Nabi Muhammad SAW (sempena bulan kelahiran Nabi SAW) risalah tentang salah faham agama Islam, risalah tentang pemakaian hijab dan Sains menurut perspektif Islam. Ada juga yang berminat untuk menyertai kami sebagai sukarelawan Rakan Hidayah untuk sama sama berkongsi mesej Islam di Tangkak, Alhamdulillah atas sambutan yang baik.

Akhir kata, biarlah gambar berbicara untuk berkongsi suasana dan kenangan kami sekitar karnival ini berlangsung. InsyaAllah, jika takda aral, kita akan jumpa lagi orang Tangkak dilain masa.

#KarnivalKesihatanTangkak
#SampaikanIslam
#PerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top