KELAS GURU MOBILE HCF PAHANG 2024
Dengan kerjasama guru-guru sukarelawan HCF Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), HCF Pahang telah berjaya mengadakan kelas-kelas bergerak ke rumah (mobile) mualaf yang memerlukan kepada pendidikan dan tarbiyah Islam yang cukup.
Seramai 16 para pelajar sekitar Kuantan telah mengikuti kelas mobile yang menekankan penguasaan ilmu Fardhu ‘Ain dan pembacaan Al-Quran.
Semoga Allah SWT merahmati para guru dan pelajar yang bersemangat dan memudahkan urusan mereka untuk meneruskan inisiatif yang bermanfaat ini.