24 Ogos 2024 (Sabtu) – Telah berlangsung Street Dakwah Merdeka di sekitar Lebuh Acheh, Georgetown. Seramai 5 orang sukarelawan menyantuni para pelancong dan orang awam dengan memberikan ‘goodies’ bersempena bulan kemerdekaan.
Goodies yang disediakan mengandungi Jalur Gemilang , minuman ringan , snek dan risalah yang bersesuaian.
Selain itu , sukarelawan memeriahkan street dakwah dengan soalan2 kuiz dan permainan ringkas. Semoga dengan usaha ini kita dapat menyemarakkan semangat Kemerdekaan di kalangan kita