MAJLS PENUTUPAN DAN PERASMIAN PROGRAM UPAYA BAKAT (BAKERI & PASTRI) ANJURAN KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU, SABAH TAHUN 2024.
HCF Kota Marudu | 04 Ogos 2024 (Ahad)
Alhamdulillah. Hidayah Centre Foundation Cawangan Kota Marudu sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Kota Marudu telah dijemput menghadiri Majlis Penutupan dan Perasmian Program Upaya Bakat (Bakeri & Pastri) anjuran Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah.
Seramai 15 orang yang telah terpilih mengikuti program yang telah berlangsung selama 9 hari bermula 6 Julai sehingga 4 Ogos 2024. 5 orang peserta daripadanya merupakan mualaf santunan HCF Kota Marudu.
Majlis penutupan dan perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Sagolah Bin Chupoi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Liaw Yin Huat selaku Pengarah Kolej Komuniti Kota Marudu Kementerian Pendidikan Tinggi atas kepercayaan melantik HCF Kota Marudu sebagai Jawatankuasa Penasihat Kolej & kerjasama program yang sangat bermanfaat kepada komuniti setempat.
“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”