fbpx

KUPI-KUPI BERSAMA MUALAF

KUPI-KUPI BERSAMA MUALAF

HCF Bundu Tuhan | 1 Ogos 2024 (Khamis)

Alhamdulillah. HCF Bundu Tuhan mengadakan perjumpaan bersama seorang mualaf yang juga merupakan Pengerusi Surau Kg Melinsau bernama Puan Norizawati binti Majukat.

Di mana HCF Bundu Tuhan telah memberikan sumbangan dana khas untuk pemasangan paip kerajaan bagi kegunaan surau di sana.

Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah SWT melipat kali gandakan pahala kepada para penyumbang di luar sana. Aamiinn.

Dalam firman Allah SWT yang bermaksud : “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

#mualaf
#saudarabaru
#reverts
#sampaikanislamperkasakanmualaf
#santunimualaf
#hcbt

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top