fbpx

Street Dakwah Mingguan

Street Dakwah Mingguan – 30 Jun 2024 (Ahad)

Alhamdulillah, minggu ini tim sukarelawan sempat menyantuni 12 orang non muslims dengan risalah Islam dan masjid tour. Antaranya pelancong dari UK, Hong Kong dan Vietnam.

Antara perkongsian yang disampaikan selain konsep Tauhid yang jelas dan mudah adalah kepentingan untuk mengenal Islam melalui sumber yang asli dan benar iaitu Al Quran dan As Sunnah bukan dengan melihat perilaku penganutnya.

Semoga dengan usaha kecil ini dapat memberi kefahaman yang betul mengenai Islam kepada mereka. Kita umat Islamlah yang wajib memastikan agama ini tidak lagi disalah fahamkan dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar di dalam kehidupan seharian dan mempelajari ilmu metodologi dakwah kepada non muslims agar dakwah dapat disampaikan dengan hikmah.

Bagi yang berminat untuk menyertai kami, bolehlah menghubungi Sis Ira @0175934070 atau Bro Aslam @+60149432201.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

#StreetDakwah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top