6 Jun 2024
Khamis
HCF Kota Samarahan
Staf HCF Kota Samarahan bersama Puan Nur Hidayah Abdullah, Ketua Rakan Hidayah Kota Samarahan membuat tempahan 2 ekor lembu qurban yang akan disembelih pada hari isnin, Raya Aidiladha 17hb Jun 2024.
Bertepatan dengan hadis daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi]
.
Moga ibadah qurban 14 peserta untuk 2 ekor lembu ini diterima oleh Allah SWT dan menjadikan amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT pada Hari Raya Aidiladha. Dan segala perancangan program berjalan lancar, sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Ilahi.