fbpx

Street Dakwah dan Masjid Tour Mingguan

STREET DAWAH & MASJID TOUR MINGGUAN

31 Mac 2024 (Sabtu) – Alhamdulillah, 2 orang sukarelawan dari Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang & Penang Tauhid Caller telah melaksanakan program mingguan Street Dawah & Masjid Tour kali ini. Seramai 11 orang Non Muslim yang terdiri daripada pelancong luar dan dalam negara telah disantuni dengan mesej Islam. Mereka juga teruja apabila diberitahu boleh memasuki masjid dan melihat sendiri bagaimana orang Islam melaksanakan ibadah solat serta mengetahui mengenai fungsi masjid yang lain.

Program hari tersebut juga agak istimewa kerana pada hari yang sama pihak masjid Melayu Lebuh Acheh telah mengadakan majlis berbuka puasa Muhibbah bersama-sama dengan kaum bukan Islam. Majlis telah dirasmikan oleh pengerusi Qaryah masjid iaitu Dato Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. Pelancong luar negara dari Canada dan Portugal yang disantuni oleh sukarelawan juga menyertai majlis berbuka puasa yang diadakan.

Selain itu terdapat tarikan terbaru iaitu mural kapal haji ‘Bunga Raya’ yang suatu ketika dahulu digunakan sebagai kapal jemaah Haji dan di sekitar masjid Melayu Lebuh Acheh inilah tempat para jemaah berhimpun sebelum berangkat menunaikan ibadah Haji.

Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah tetapi menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk menyampaikannya dengan Hikmah dan perbahasan yang baik. Jom sebarkan kebaikan bersama kami!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top