fbpx

Kempen Kenalkan Al-Quran

πŸ“–πŸ•Œ π‘²π’†π’Žπ’‘π’†π’ π‘²π’†π’π’‚π’π’Œπ’‚π’ 𝑨𝒍-𝑸𝒖𝒓𝒂𝒏 πŸ“–πŸ•Œ

Pada 18 Mac 2024, Hidayah Centre Foundation (HCF) Perak bersama Rakan Hidayah Taiping telah berkolaborasi untuk menjalankan program Kempen Kenalkan Al-Quran di kalangan masyarakat non-Muslim di sekitar Kamunting.

Program ini telah diselenggarakan dengan kerjasama Guru Agama Dakwah (GAD) Taiping, menandakan semangat kesatuan dalam menyebarkan kebaikan Al-Quran, terutamanya sempena bulan Ramadan yang mulia.

Kami bersyukur kerana telah menyantuni lebih kurang 30 orang bukan Muslim, berkongsi risalah tentang Al-Quran yang diturunkan pada bulan yang penuh berkat ini. Selain itu, kami juga melakukan soal-selidik ringkas berkaitan Al-Quran dan memberikan kurma sebagai hadiah kepada mereka yang hadir.

HCF Perak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rakan Hidayah yang sudi menyumbang kurma untuk program ini. Semoga Allah memberkati rezeki semua yang terlibat.

Terima kasih juga kepada GAD dan RH yang telah menyumbangkan masa dan tenaga dalam menjayakan program ini. Bersama-sama, kita mampu menyebarkan cahaya Al-Quran kepada lebih ramai orang! 🌟🀲

infak secara online

http://www.dahsedekah.com

#perak
#HCFPerak
#ramadan
#sedekah
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#KempenKenalkanAlQuran
#RakanHidayahTaiping
#RH

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top