fbpx

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“π€π‘ π„π‘π€π“πŠπ€π π”πŠπ‡π”π–π€π‡ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 πŒπ”π€π‹π€π… 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π‘π€πŠπ€π π‡πˆπƒπ€π˜π€π‡

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“π€π‘ π„π‘π€π“πŠπ€π π”πŠπ‡π”π–π€π‡ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 πŒπ”π€π‹π€π… 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π‘π€πŠπ€π π‡πˆπƒπ€π˜π€π‡

16 Mac 2024 (Sabtu) – Alhamdulillah, Majlis Iftar HCFPP Mualaf & Rakan Hidayah telah berjalan lancar yang diadakan di Pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang.

Seramai lebih 40 orang daripada kalangan mualaf santunan bersama keluarga dan Rakan Hidayah telah hadir memeriahkan majlis. Majlis bermula sekitar jam 6.00 petang dengan pengisian tazkirah dan bacaan mathurat sebelum berbuka puasa. Seterusnya diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah.

Alhamdulillah, turut sama diraikan saudara yang memeluk agama Islam dalam majlis ini. Mudah-mudahan beliau terus istiqamah dalam menjadi seorang muslim sejati.

Mudah-mudahan majlis ini dapat memberikan kegembiraan dan suasana iftar bersama di kalangan mualaf khususnya mualaf yang pertama kali berpuasa.

Semoga Allah memberkati kita semua atas kelapangan masa, sumbangan tenaga serta membalas dengan sebaik-baik ganjaran buat kita semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top