fbpx

Memperkenalkan Islam Melalui Masjid Tour

๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐“๐จ๐ฎ๐ซ
17 &18 Februari 2024
Sabtu & Ahad
HCF Sarawak


Alhamdulillah Hidayah Centre Foundation Sarawak dengan kerjasama Masjid Setia Raja Mukah, Jabatan Agama Islam Sarawak, UNIMAS dan NGO iaitu Yayasan Ikhlas, HIKAM, ABIM, YADIM, Kenyalang Prodigy telah mengadakan Program Masjid Tour di masjid tersebut. Program ini adalah bersempena dengan Karnival Belia Islam 2024 anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak di Mukah, Sarawak. Masjid Tour ini disertai oleh 20 orang Tour Guide yang telah dilatih semasa sesi Masjid Tour Guide Training pada 16 Februari 2024 yang lepas.


Masjid Tour merupakan program hari terbuka masjid yang mengajak semua masyarakat tidak mengira agama dan bangsa untuk mengetahui tentang simbolik di sebalik seni bina masjid, dan menerangkan tentang keindahan Islam secara harmoni dan mesra. Program ini telah dihadiri pelawat daripada pelbagai peringkat umur, bangsa serta agama.


Selain itu, terdapat aktiviti-aktiviti bersempena Karnival Belia Islam 2024 turut diadakan. Antaranya ialah Pameran Kerjaya dan Pendidikan, Sukan Rakyat, Pertandingan Memanah, Klinik Al-Fatihah, Klinik Khat, Pertandingan Berzanji dan Azan, Pertandingan Khat, Pertandingan E-Sport, Kayuhan Harmoni Mesra Ummah, serta gerai-gerai jualan makanan dan pakaian.


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak lansung untuk menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program sebegini dapat merapatkan lagi hubungan diantara pelbagai kaum dan agama. Insya Allah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top