fbpx

Ziarah Mualaf Ibu Tunggal

| ZIARAH MUALAF IBU TUNGGAL |

31 Disember 2023 (Ahad)- Alhamdulillah, pagi ini Team Sukarelawan Rakan Hidayah SPT berkesempatan menziarahi keluarga mualaf ibu tunggal Sis Azwani bersama anaknya Muhammad Syawal di Seberang Jaya. Sis Azwani sekarang berniaga meruku dan kerepek untuk menyara hidup keluarganya dan anak yang masih bersekolah.

Sis Azwani menghidap penyakit darah tinggi dan terpaksa membeli ubat-ubatan yang kosnya agak mahal. Alhamdulillah, sedikit bantuan barang dapur dan wang ringgit disumbangkan bagi meringankan beban hidup mereka. Sekarang mereka belajar Islam di Pejabat Ikram setiap Selasa malam.

Jazakumullahukhairan kepada pihak Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang dan para penyumbang yang sentiasa membantu menyumbang dan menaja untuk usaha-usaha ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top