2 Disember 2023 (Sabtu) – Penyerahan 2 buah naskah Al-Quran berbahasa Mandarin kepada Tuan Jafrul Fazli Jaafar dari Permatang Pauh, P.Pinang untuk diberikan kepada kawannya non-muslim yang minat dengan Islam dan seorang lagi kawannya yang mualaf.
Al-Quran adalah manual kehidupan dan kitab petunjuk ke jalan yang sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra, ayat 9)
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf