fbpx

Lawatan Sambil Belajar ke Pejabat HCF

| Meraikan Robongan dari Warga Sekolah Al-Azhar, Jitra ke Pejabat HCF Pulau Pinang |

3 November 2023 (Jumaat) – Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang telah menerima rombongan sambil belajar dari Sekolah Al-Azhar, Jitra Kedah. Seramai lebih 40 orang yang terdiri daripada Kakitangan, guru-guru dan pelajar hadir dalam rombongan ini.

Perkongsian tentang Hidayah Centre Foundation, aktiviti-aktiviti dan motivasi untuk menggerakkan dakwah telah dibincangkan dalam kunjungan yang ringkas ini.

HCF Pulau Pinang merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sekolah Al-Azhar kerana sudi bertandang ke pejabat kami yang tidak seberapa ini. Semoga kunjungan, perbincangan dan pertukaran idea ini dapat merancakkan lagi usaha dakwah dan pemerkasaan mualaf di Malaysia. Ameennnn.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top