fbpx

Kelas Bimbingan Mualaf di Miri

Kelas Bimbingan Mualaf di Masjid AT-TAQWA-Bahagian Miri telah dijalankan mengikut jadual pada jam 9 pagi walaupun tamat sedikit lewat iaitu pada jam 11.30 pagi dengan perkongsian perkembangan terkini palestin dan peranan setiap muslim di dunia. Seramai lima (5) orang pelajar telah hadir dalam kelas yang diadakan. Memandangkan ada pelajar baharu, bidang asas ilmu fardu ain yang perlu dikuasai setiap muslim diperkongsikan terlebih dahulu.

Secara umumnya, seseorang muslim wajib belajar ilmu akidah (tauhid), ilmu tasawuf (akhlak) dan ilmu fiqah (ibadah). Seterusnya, pelajar telah dibimbing untuk membaca atau memperbaiki bacaan Iqra’ & Quran dalam usaha mendekatkan diri dan memahami Kalamullah. Dalam memahami akidah dan akhlak, para pelajar telah dibawa menghayati dan mengambil iktibar daripada kisah ujian kesihatan dan perjuangan dakwah Nabi Ilyasa’ AS, yang namanya telah dirakamkan dalam al-Quran dalam Suratul al-An’Am ayat 86.

InsyaAllah kepada para mualaf mahupun saudara Islam yang baharu di Miri yang ingin mendapat bimbingan ataupun pertanyaan tentang Islam yang diperlukan, boleh hubungi nombor telefon yang tertera di bawah. Semoga Allah SWT permudahkan urusan yang dilakukan InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top