fbpx

Program Juh Kita Ngaji, Edisi: Tahsin Al- Fatihah

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‰๐ฎ๐ก ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐๐ ๐š๐ฃ๐ข, ๐„๐๐ข๐ฌ๐ข: ๐“๐š๐ก๐ฌ๐ข๐ง ๐€๐ฅ-๐…๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ก

21 Oktober 2023
Sabtu
HCF Kota Samarahan

Pada 21 Oktober 2023, buat julung kalinya Azdan Quranic Centre (AZDAN) dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Cawangan Kota Samarahan dan Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS telah mengadakan Program Juh Kita Ngaji, Edisi: Tahsin Al- Fatihah bertempat di PITAS, UNIMAS, Kota Samarahan.

Dianggarkan seramai 100 peserta daripada kalangan mualaf, sukarelawan Rakan Hidayah Kosam, mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS, kakitangan UNIMAS dan para pelajar AZDAN telah menyertai program ini.

Antara slot yang menarik ialah Tahsin Al-Fatihah yang diajarkan sendiri oleh Pengasas Azdan, Ustaz Anas Azami. Selain itu, Taranum Surah Lazim telah diajarkan oleh Ustazah Aisyah Baaโ€™in, selaku COO AZDAN yang juga merupakan Juara Tilawah Al-Quran Kebangsaan. Persembahan bacaan terjemahan Surah Lazim dalam Bahasa Iban daripada mualaf HCF dan bacaan Al-Fatihah daripada mahasiswa UNIMAS juga telah menyerikan lagi program tersebut.

Semoga dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat menimba ilmu pengetahuan asas tentang Al-Quran. Dengan itu, kekeliruan dalam pembacaan Al-Quran khususnya surah Al-Fatihah dan Surah Lazim dapat diperbetulkan. Insya Allah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top