fbpx

π’π„πŒπˆππ€π‘ πŠπ„π‡π€π‘πŒπŽππˆπ€π πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ πŒπ€π‰πŒπ”πŠ 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏

π’π„πŒπˆππ€π‘ πŠπ„π‡π€π‘πŒπŽππˆπ€π πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ πŒπ€π‰πŒπ”πŠ 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏

14 Oktober 2023
Sabtu
HCF Kota Samarahan

Pada 14 Oktober 2023, Hidayah Centre Foundation Kota Samarahan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak, dan Tabung Baitulmal Sarawak telah mengadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk Fasa 1 (SKMM Fasa 1) yang bertempat di Dewan Suarah, Kota Samarahan.

.

SKMM Fasa 1 merupakan sebuah program untuk menyediakan ilmu dan kemahiran kepada para dai’e dalam merancang dan menyusun usaha dakwah di negeri Sarawak terutama di Kota Samarahan.

Antara slot yang diadakan dalam program ini adalah Pengenalan Hidayah Centre Foundation, Sukarelawan Rakan Hidayah, Ansar Initiative, Jom Jadi Ejen Syurga dan Penerangan ASARA-PK. Program ini telah dirasmikan sendiri oleh Ybrs. Ustaz Hamdan Jar’ee, Pengarah JAKIM Sarawak

Semoga dengan adanya program sebegini dapat membekalkan ilmu asas dalam teknik berdakwah kepada masyarakat majmuk di Kota Samarahan. Di samping itu, dapat melahirkan daie yang berkaliber pada masa hadapan, insyaallah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top