13 Ogos 2023
Ahad
HCF Selangor
Kelas Pengajian Islam Mualaf
Kelas Asas dan Pertengahan Pengajian Islam Mualaf telah dilaksanakan di Pejabat HCF Kota Damansara yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelas ini diadakan setiap Ahad (fizikal) dan Rabu (online).



Antara pengisian kelas ialah pembelajaran iqra’ dan kelas fardhu ain yang bertajuk pengenalan asas Islam. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat dalam menyampaikan Islam dan memperkasakan mualaf.
#KAIKD
#KelasBimbinganMualaf
#HCFSelangor
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf