fbpx

KENALKAN NABI MUHAMMAD S.A.W. DI KOMTAR

HIDAYAH CENTRE FOUNDATION PULAU PINANG TURUT MENYERTAI PAMERAN KENALKAN NABI MUHAMMAD S.A.W. DI KOMTAR.

2 & 3 Oktober 2023 (Isnin & Selasa) – Alhamdulillah, perasmian dan pameran sempena Kempen Kenalkan Nabi Muhammad anjuran Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang telah berlangsung dengan baiknya bertempat di Komtar Aras 3. Pameran ini diadakan bertujuan memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat majmuk bahawa baginda diutuskan kepada seluruh alam termasuk kepada masyarakat bukan Islam.

Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) bersama NGO-NGO naungan GDM PP turut terlibat dalam pameran ini dengan membuka kiosk berkaitan Nabi Muhammad SAW.

HCPPP mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang berlibat yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit dalam memastikan pemeran berjalan dengan baik. Jazakumullahu khairan kathira.

.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top