Hidayah Centre Foundation Melaka, dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menjalankan Training of Trainers: Handling Mualaf bertempat di Tun Fatimah Riverside Hotel, Melaka.
Program ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fitri Abdullah, tokoh saudara baru & juga merupakan panel konsultasi akidah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Kira-kira 40 orang yang terdiri dari sukarelawan & mualaf telah menyertai program ini. Semoga semua peserta mendapat manfaat dalam usaha menyantuni, membimbing dan memperkasakan mualaf, terutamanya mereka yang baru memeluk Islam.
HidayahCentreFoundation
SampaikanIslamPerkasakanMualaf