fbpx

Kuntuman Mawar di Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW

28 SEPT. 2023 – Bersempena Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW, Jawatankuasa Dakwah IKRAM Kawasan Batu bersama Kelab Rakan Hidayah (RH) Kawasan Batu telah mengadakan program ASRI – Aktiviti Sampaikan Risalah Islam yang bertempat di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur. Seramai 23 orang sukarelawan telah berkumpul seawal jam 7 pagi. Mereka terdiri daripada ahli RH Kawasan Batu, Selayang dan Petaling Jaya serta pelajar Kolej Islam Antarabangsa (IIC).

Program diadakan untuk memupuk rasa cinta kepada Baginda serta memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat majmuk, terutama pada golongan bukan Islam yang ratanya tidak mengenali susuk peribadi mulia ini. Menarik program ASRI kali ini, sebanyak 100 kuntuman bunga mawar bersama beg cenderamata telah diberikan kepada hadirin yang sedang beriadah di taman rekreasi tersebut. Ianya sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian saling mencintai” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Semoga Rahmat buat sekalian alam (Rahmatan lil alamin) dapat diperkenalkan dengan cara berhemah dan rahmah serta mesej Nabi Muhammad SAW sampai kepada seluruh umat. Diharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

#MaulidRasul
#IKRAMKawasanBatu
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top