fbpx

Masjid Tour Training

| MASJID TOUR TRAINING (MTT) |

17 Sept 2023 (Ahad) – Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang dengan kerjasama Masjid AlBukhary Pulau Pinang, Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang serta YADIM Penang telah menganjurkan Masjid Tour Training (MTT) bertempat di Masjid AlBukhary, Bandar Sri Pinang.

Seramai lebih 40 orang peserta yang terdiri dari kalangan sukarelawan Rakan Hidayah, AJK Masjid dan penduduk sekitar telah mengikuti latihan yang telah diadakan ini. Latihan ini telah dibimbing oleh En. Wan Muhammad Wan Ibrahim, Pengarah Pengurusan Du’at & Sukarelawan HCF.

MTT ini bertujuan melatih para peserta bagi mengendalikan Jelajah Masjid (Masjid Tour) sempena Program Masjid AlBukhary Open Day (MOD) Yang bakal diadakan pada 24/9/2021 iaitu pada hari Ahad ini.

Semoga usaha MTT ini dapat sambutan daripada semua pihak dalam usaha mendekatkan masyarakat khususnya yang bukan Islam dengan institusi masjid.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation
#pulaupinang
#mosquetour

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top