fbpx

Program Qiamullail Bersama-sama Para Mualaf

14 & 15 Julai 2023
Jumaat & Sabtu
HCF Kota Samarahan

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation cawangan Kota Samarahan telah melaksanakan program Qiamullail bersama-sama para mualaf yang menyertai Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) di Desa Ilmu dan sukarelawan rakan hidayah Kosam. Program Qiamullail tersebut telah dilaksanakan di Masjid Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.

Pengisian telah disampaikan oleh Ustaz Faiz, Eksekutif HCF Kota Samarahan. Sambutan yang diberikan oleh para mualaf yang menyertai KBM dan sukarelawan rakan hidayah Kosam amat menggalakkan dan diharapkan program ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada mereka. Semoga program Qiamullail ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top