fbpx

Ziarah Harmoni Ketua Kampung Kopit

12 Jun 2023
Isnin
HCF Kuching Samarahan

Hidayah Centre Foundation Cawangan Kuching dan Kota Samarahan telah melakukan ziarah harmoni kepada Ketua Kampung Kopit, Encik Jifen anak Sotok. Ziarah ini dilakukan pada 12 Jun yang lepas dan disambut baik oleh pihak Ketua Kampung Kopit di kediaman beliau. Ziarah harmoni ini dilakukan bersama mualaf yang mengikuti Kelas Bimbingan Mualaf.

Selain bertanya khabar, tujuan utama ziarah ini dilakukan adalah untuk pemakluman pihak Ketua Kampung Kopit mengenai Kelas Bimbingan Mualaf yang dijalankan bersama mualaf kampung tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top