fbpx

Program Gawai Harmoni HCF Sibu

28 MEI 2023
Ahad
HCF Sibu

Alhamdulillah pada ahad yang lalu, Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu Kerjasama dengan Penduduk Rumah Panjang Dawi, Sungai Pasai, Ikram Kawasan Sibu dan Rakan Hidayah Sibu telah mengadakan program Gawai Harmoni HCF Sibu bagi tahun 2023. Program Gawai Harmoni berlangsung di Rumah Panjang Dawi, Sungai Pasai bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 1.30 petang.

Program pada pagi itu dimulakan dengan sambutan dari pihak Rumah Panjang Dawi berupa tarian Ngajat Etnik Iban. Setelah sesi pengenalan dari pihak Hidayah Centre Foundation Sibu, Majlis diteruskan dengan acara perasmian program oleh Penasihat Hidayah Centre Foundation Sarawak Pn. Nasyitah Ting bersama-sama TR. Dawi dengan melakukan simbolik pemukulan Gong.

Aktiviti-aktiviti lain bermula pada pukul 9.30 pagi, di antaranya adalah sukaneka, Perkongsian tentang “Malaysian Against Pornografi”, Free Bundle, cabutan bertuah dan pertandingan pakaian baju Etnik kanak-kanak.

Tujuan program ini dilakukan adalah untuk menyantuni saudara-saudara baru dan ahli keluarga belum muslim mereka dan membina keharmonian dalam masyarakat majmuk. Selain itu, program ini juga ingin memupuk dalam diri individu tentang kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan bahaya pornografi dalam kehidupan bermasyarakat.

Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat menyemarakkan lagi penghayatan Islam sebagai rahmatan lil a’alamiin dan dapat membina hubungan baik dengan penduduk kampung terutamanya masyarakat luar bandar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top