Pada 16 April 2023 yang lalu, Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu telah melakukan Ceramah Kempen Kenali Al Quran di Surau Darul Ibadah Kampung Bandung Sibu. Program Kempen Kenali Al Quran dianjurkan Gabungan Dakwah Malaysia Kerjasama Persatuan Kebajikan Tiong Hua Islam Sarawak – Perkthis Cawangan Sibu, Ikram Kawasan Sibu, Hidayah Centre Foundation Sibu, Surau Darul Ibadah Kpg Bandung dan Rakan Hidayah Sibu.
Program bermula pada pukul 10 Pagi, dimulai dengan memasak bubuk lambuk di perkarangan Surau Darul Ibadah, Kampung Bandung. Setelah itu, Program Kempen Kenalkan Al Quran bermula dari pukul 1.30 Petang, slot pertama disampaikan oleh Ustaz Abang Mohd Nazmi, tajuk yang disampaikan oleh Ustaz Abang Mohd Nazmi ialah mengenai “Juh, Kenali Al Quran”.
Slot kedua disampaikan oleh Penasihat Hidayah Centre Foundation Sarawak, Puan Nasyitah Ting perkongsian yang disampaikan berkaitan “Juh, Kenalkan Al Quran”. Di akhir acara Kempen Kenali Al Quran, para peserta diminta untuk mengedarkan flyers-flyers yang berkaitan dengan Kempen Kenali Al Quran yang disediakan pihak penganjur.
Semoga dengan adanya program seperti ini, kita dapat berkongsi secara tidak langsung dengan masyarakat kita di Sarawak yang berbilang bangsa dan agama tentang Al Quran dan dapat membetulkan salahfaham tentang Islam itu sendiri di dalam masyarakat.