fbpx

Program Lawatan ke Wad Pediatrik, Hospital Umum Sarawak

27 April 2023
Khamis
HCF Kuching Samarahan

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Cawangan Kuching Samarahan telah melakukan program lawatan berkala ke Wad Pediatrik, Hospital Umum Sarawak pada 27 April 2023 yang lepas. Tujuan program ini diadakan dengan kerjasama Hospital Umum Sarawak adalah untuk mengumpul sukarelawan untuk menziarahi dan menyantuni pesakit di Wad Pediatrik, Hospital Umum Sarawak.

Selain itu, dapat memupuk rasa belas kasihan dan rahmah dalam kalangan sukarelawan kepada masyarakat umum tanpa mengira kaum dan agama. Hidayah Centre Foundation Cawangan Kuching Samarahan turut menyampaikan sedikit sumbangan duit raya kepada para pesakit di Wad Pediatrik. Diharapkan lawatan dan sumbangan yang diberikan memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top