fbpx

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) Bintulu

15 April 2023SabtuHCF Bintulu.Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) Bintulu bertempat di Kelab Kidurong Bintulu.

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di Bintulu ini dirasmikan oleh Puan Nazatul Nadia Binti Mohd Zaidi, Pegawai Tadbir (Psikologi), Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak. Antara vip yang turut hadir bersama iaitu Haji Abdul Rahim Bin Abdul Hamid, Pengarah Operasi Hidayah Centre Foundation, Ustazah Nuruljannah Binti Bujang, Pembantu Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Bintulu, Haji Mohamad Seliman Bin Hambali, Timbalan YDP IKRAM Kawasan Bintulu, Haji Azizi Ismail, Technical Advisor Maysville, Cikgu Amsyar Abdullah, Institut Tahfiz Bintulu dan Tuan Jamal Abdullah, Pengerusi USK Bahagian Bintulu.

Ianya diadakan bertujuan untuk meraikan para mualaf dan keluarga bukan Islam untuk menikmati suasana berbuka puasa disamping mengeratkan hubungan di antara agensi-agensi, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dakwah dan para penyumbang. Selain itu, hasil dari kutipan bagi setiap pembelian kerusi untuk majlis tersebut akan digunakan untuk membiayai kos operasi Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu bagi menyokong kehidupan dan aktiviti pendidikan agama untuk para mualaf.

Seramai lebih kurang 200 orang telah hadir menjayakan majlis tersebut yang terdiri daripada para mualaf, wakil IKRAM Bintulu, wakil Maysville Sendirian Berhad, wakil Institut Tahfiz Bintulu, wakil Urusetia Saudara Kita Bahagian Bintulu, para penyumbang, para sukarelawan dan keluarga mualaf yang bukan Islam.

Penyerahan cenderahati kepada perasmi majlis iaitu Puan Nazatul Nadia Binti Mohd Zaidi, Pegawai Tadbir (Psikologi) Jabatan Agama Islam Sarawak, dan wakil Maysville Sendirian Berhad iaitu Haji Azizi Ismail, Technical Advisor Maysville turut dapat disaksikan pada malam itu. Majlis kelihatan lebih rancak ketika bacaan al-Quran oleh Hajah Haslina Abdullah, Pengisian ‘Kisah Seorang Mualaf’ oleh Puan Ayu Jasmine Abdullah, tayangan montaj dan berbuka puasa bersama.

Majlis MIPHC kali ini telah berlangsung dengan jayanya. Melihat kepada sokongan dan dorongan daripada masyarakat Bintulu khususnya dan Sarawak amnya, pihak penganjur berharap agar Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu dipermudahkan dan diberkati segala aktiviti di masa akan datang..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top