fbpx

9 & 10 Mac 2023
Khamis & Jumaat
HCF Sarawak

Pada 9 dan 10 Mac 2023 yang lepas, Hidayah Centre Foundation Sarawak telah mengadakan Bengkel Latihan dan Prosedur kerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching. Pengisian bengkel ini telah disampaikan oleh beberapa pegawai JAIS iaitu Ustaz Saat bin Osman, Ustaz Syamsul Aizan bin Sarkawi, Puan Rasyidah binti Abdullah, Ustazah Rafeah binti Buang dan Ustazah Rokaiah Zen.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation, Joannes Lukas dan Pengurus Hidayah Centre Foundation Wilayah Sarawak, Fathurrahman Othman turut memberikan sedikit pengisian dalam bengkel ini.

Selain daripada kakitangan Hidayah Centre Foundation Sarawak, terdapat beberapa pihak turut menghadiri bengkel ini sebagai peserta. Antaranya ialah Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Urusetia Saudara Kita (USK), Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK), wakil daripada sekolah-sekolah dan sukarelawan Rakan Hidayah.

Majlis Penutupan Bengkel Latihan dan Prosedur ini dirasmikan oleh Ustaz Madihi bin Jamali, Pegawai di Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top