fbpx

Program Jom Solat Untuk Mualaf dan Bukan Mualaf

5 Mac 2023
Ahad
HCF Bintulu

Pada hari Ahad 5 Mac 2023, Jawatankuasa Wanita IKRAM Kawasan Bintulu bersama Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu telah mengadakan program Jom Solat! yang bertempat di Masjid Al-Mustaqim RPR Kidurong, Bintulu.

Program tersebut bermula seawal jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Pelbagai aktiviti menarik seperti asas solat dan praktikal cara solat bagi wanita yang disampaikan oleh Ustazah Ruqayah Binti Shahdan.

Sijil penyertaan juga disediakan bagi peserta yang mengikuti program tersebut.

Seramai 13 orang peserta mengikuti program Jom Solat! yang terdiri dikalangan mualaf dan bukan mualaf. Pihak Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu mengucapkan jutaan terima kasih atas inisiatif dan cadangan JK Wanita IKRAM Kawasan Bintulu mengadakan program Jom Solat ini. Semoga Allah memberkati usaha perkasakan mualaf.

Semoga para peserta terus istiqomah dan terus belajar mendalami ilmu Islam terutama asas fardhu ain. InsyaAllah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top