HCKK | 24 Februari 2023 | Jumaat
Alhamdulillah. Team HCF Kota Kinabalu bersama 4 Rakan Hidayah Kota Kinabalu, telah menyantuni 2 keluarga mualaf yang menetap di Perumahan Kg Laya Laya Tuaran dan Kg. Lobou Menggatal Sabah.
Walaupun mereka sedang diuji dengan dugaan sakit yang mereka alami, alhamdulilah terserlah sedikit senyuman kegembiraan bila melihat kedatangan rombongan HCF.
HCF juga sempat memberikan kata kata semangat dan juga sedikit sumbangan untuk membantu meringankan beban mereka.
Mari kita doakan agar mereka diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.Terima Kasih kepada Bank Muamalat atas sumbangan kenderaan van wakaf yang banyak memudahkan aktiviti santunan pelbagai masyarakat khususnya kawasan pedalaman Sabah.