fbpx

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

?????? ????? ??????? ????? ???? ???? (?????)

Wangsa Maju, 29 Januari 2023 – Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (CNYOH) secara kecilan telah diadakan di Restoran Homst Wangsa Maju, sebuah restoran cina Muslim yang terkenal menyajikan masakan cina.

CNYOH telah dihadiri rakan mualaf dan bukan Islam dalam kalangan etnik dan kaum cina. Majlis dimulakan dengan perkongsian 1 Muslim dan 2 mualaf yang berbelatarbelakang berbeza, mengenai bagaimana mereka menyambut Tahun Baru Cina.

Kemudian, aktiviti diteruskan dengan solat maghrib secara berjemaah dan selepasnya jamuan makan. Menu yang disajikan adalah masakan dari utara cina, ia telah membuka selera para tetamu yang hadir.Tujuan CNYOH ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan kehormanian antara masyarakat. Hampir 50 tetamu telah hadir bagi memeriahkan suasana.

Sebelum berakhirnya majlis, para tetamu daripada mualaf dan bukan Islam berkongsi perasan mereka, dan hampir semua memberikan maklum balas yang baik dan positif.Semoga program yang mengeratkan hubungan antara semua kaum dan agama dapat dilakukan lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.

Jom! Kongsi pahala dalam usaha dakwah & pemerkasaan mualaf:
>> www.dahsedekah.com
>> www.dahsedekah.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top