1 Februari 2023
Alhamdulillah terima kasih En. Hussin, Pengerusi Surau Al Hidayah Kg. Lapai Tenghilan dan penduduk kampung yang telah menerima kunjungan kami. Dalam kunjungan ini, En. Mohd Zulazrie Dahim Bin Dan, Pengurus HCF Sabah telah memperkenalkan fungsi Hidayah Centre Foundation.
Kami juga sempat solat asar berjemaah bersama dan seterusnya telah menyampaikan sedikit buah tangan kepada asnaf yang hadir. Semoga hubungan baik ini terus terjalin seterusnya lebih banyak program bersama boleh dilaksanakan.