fbpx

Hukum Hakam Berubah Dengan Perubahan Zaman

????? ????? ??????? ?????? ????????? ?????

Dalam perbahasan hukum, ada dua kategori yang berkait rapat dengannya iaitu hukum-hakam yang bersifat ???????? (???? ????? ????? ????? ???????) dan juga ??-????????????? (???? ????? ???????). Ini bererti, ada beberapa hukum yang bersifat tidak boleh berubah meskipun berlakunya perubahan zaman dan tempat dan ada hukum-hakam yang boleh berubah dengan berubahnya masa dan juga tempat.

Terdapat sebuah kaedah feqah yang menyebut:

لا يُنْكَرُ تغيّرُ الأحكامِ بتغيُّرِ الأزمانِ

Maksudnya: Tidak diingkari berlakunya perubahan hukum disebabkan perubahan masa.

Syeikh Mustafa Al-Zarqa’ dalam syarahan beliau ke atas kaedah ini berkata: Tidak diingkari berlakunya perubahan hukum-hakam dengan berubahnya masa, iaitu berlaku perubahan ‘uruf penduduk sesebuah kawasan serta adat mereka. Sekiranya uruf dan adat membawa kepada suatu hukum, kemudian keduanya tersebut berubah kepada uruf dan adat yang lain, maka hukum juga berubah kepada apa yang menepati uruf dan adat yang baharu itu .

Imam Al-Syathibi pula berkata: Dan ketahuilah bahawa apa yang telah disebutkan ini dari sudut perbezaan hukum-hakam ketika berbezanya adat bukanlah bermakna pada hakikatnya berlaku perbezaan pada asal kitab (perintah asal dari Allah). Ini kerana syara’ diletakkan bahawa ia bersifat kekal selamanya. Sekiranya diandaikan kekalnya dunia tanpa penamat, maka taklifannya akan turut sama mengikuti (kekal). Syara’ tidak memerlukan kepada sebarang penambahan.

Natijahnya, yang dimaksudkan dengan perubahan hukum disebabkan peubahan masa dan tempat adalah pada hukum-hukum yang al-mutaghayyirat (yang boleh berubah). Adapun pada perkara-perkara al-tsawabit (yang tetap dan kekal) seperti pensyariatan solat, puasa, keharaman zina, minum arak, dan seumpamanya, maka ia sama sekali tidak berubah mengikut perubahan masa dan tempat. . Sumber:MuftiWP . Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.

Jom! Kongsi pahala dalam usaha dakwah & pemerkasaan mualaf:
>>www.dahsedekah.com
>>www.dahsedekah.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top