fbpx

ENAM LANGKAH MUDAH MENDAFTAR PENGISLAMAN MELALUI HIDAYAH CENTRE FOUNDATION PULAU PINANG SEBAGAI PUSAT PENGISLAMAN YANG BERTAULIAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP)

Berikut adalah 6 langkah mudah untuk pendaftaran pengislaman bagi mereka yang ingin mendaftar pengislaman dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP):

1) Hubungi staff Hidayah Centre Foundation untuk mendapatkan tarikh temu janji.

2) Bawa Kad Pengenalan / Pasport yang sah, 4 keping gambar berukuran pasport, 2 orang saksi warganegara berumur 18 tahun ke atas & salinan penyata bank. (Jika tiada gambar dan saksi, pihak HCFPP akan bantu sediakan)

3) Sebelum pendaftaran pengislaman, staff kami akan menerangkan berkaitan asas Islam dan kriteria seseorang untuk menjadi muslim. Anda boleh bertanya / ajukan sebarang persoalan kepada staff kami sepanjang proses penjelasan diberi. Selepas penerangan, anda bersetuju dan bersedia untuk menjadi seorang muslim, kami akan membantu dalam melafazkan syahadah. (Pengakuan kepercayaan dan penerimaan anda menjadi Muslim)

4) Selepas selesai proses syahadah dan pengisian borang pendaftaran, kami akan memaklumkan pengislaman anda kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

5) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan menghubungi anda untuk penentuan tarikh Kursus Bimbingan Asas Fardu Ain (BAFA). Kursus ini adalah wajib untuk membolehkan anda mendapatkan kad Islam anda. Kursus dijalankan selama 3 hari 2 malam.

6) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan mengeluarkan kad Islam anda sejurus anda habis kursus tersebut..Tunggu apa lagi, anda boleh menghubungi nombor yang tertera : 012-5503272

– Pejabat kami jauh dari tempat anda?
– Saya tiada kawan untuk menjadi saksi?
– Saya tidak tahu untuk melafazkan syahadah?
Jangan risau, kami akan cuba membantu anda sebaiknya.

Sebarkan kepada mereka yang ingin tahu tentang Islam atau berminat menjadi Islam.

#ProsesPendaftaranIslam

#HidayahCentreFoundationPulauPinang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top