Program Bantuan Makanan Mangsa Banjir Hidayah Centre Foundation (HCF) NS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, 8 Februari 2022.
HCF dengan kerjasama IKRAM dan Pejabat DUN Gemencheh telah menyantuni seramai 30 orang mualaf dan orang bukan Islam di tiga kawasan di dalam DUN Gemencheh iaitu Taman Sri Gemencheh, Gemencheh Lama; Ladang Estet Sg Kelemah; dan Kg Parit Buluh.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HCF dan beberapa pegawai tertinggi HCF turut hadir bagi menyampaikan sumbangan makanan tersebut.Program dimulakan dengan penerangan program oleh Pn. Rosiyah Abdul Rahman MPKK Sg Kelamah dan diikuti dengan kata-kata aluan oleh CEO HCF di Balai Raya Kg Tengah (bersebelahan dengan Pejabat DUN Gemencheh).
Kos bagi menyediakan 30 pek makanan sumbangan HCF bernilai RM1656.00.
Program diakhiri dengan makanan tengahari bersama semua yang terlibat dengan program sumbangan tersebut.
Terima kasih kepada Pihak HCF & IKRAM atas sumbangan ini.