Mualaf Tajaan HCF Sabah Berjaya Mendapatkan Ijazah Sarjana Muda

Alhamdulillah pada 8 Disember 2022 seorang mualaf tajaan HCF Sabah antara telah diraikan dalam istiadat Konvokesyen kali ke-24 di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Helmixon Joel berasal dari Kg. Melinsau Darat, Ranau. Anak sulung daripada 7 orang adik-beradik dan ibubapanya merupakan petani. Sejak tahun 2019 HCF Sabah telah menyantuni keluarga ini dan seterusnya meringankan beban keluarga ini dengan menaja pendidikan Helmixon terutama sekali dalam kos sara hidup ketika dalam pengajian.

Semoga Helmixon terus berjaya dan memberi manfaat kepada masyarakat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menyumbang dalam meringankan beban keluarga mualaf ini sehingga memegang segulung ijazah dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan dan sumbangan yang kalian berikan.

#muala
f#saudarabaru
#reverts
#sampaikanislamperkasakanmualaf
#santunimualaf
#kelasbimbinganmualaf
#pendidikanmualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top